Friday, 4 October 2013

AQIQAH DALAM ISLAM

Berikut merupakan video pendek tentang hukum melakukan ibadah aqiqah dalam Islam:

Hukum aqiqah dalam Islam 
 
Aqiqah dari segi bahasa ialah "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir". Aqiqah juga diertikan sebagai "memotong" (yakni rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya), rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong.
 
Aqiqah dari segi istilah pula bermaksud "haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan, sembelihan itu dinamakan aqiqah kerana haiwan itu disembelih pada hari mencukur rambut bayi tersebut".
 
Aqiqah dalam pengertian syara' pula ialah "penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama kepada anak tersebut". Dalam pengertian lain, aqiqah juga merupakan penyembelihan haiwan ternakan berkaki empat yang dilakukan pada hari mencukur rambut kepala si bayi yang baru dilahirkan, sama ada pada hari ketujuh atau selepasnya.
 
Pada kali ini, krew Kambing BMX telah melawat ke kandang kambing untuk merialisasikan permintaan Encik Mohd Izzuddin sekeluarga bagi melakukan ibadah aqiqah buat puteri sulungnya yang bernama Sumayyah Binti Mohd Izzuddin.
 

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment