Kami daripada pihak dan warga kerja Kambing BMX ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Tidak lupa juga kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah. Insyaallah semoga kalian memperoleh haji yang mabrur, amin. SELAMAT HARI RAYA.
Monday, 14 October 2013
Saturday, 12 October 2013
MAJLIS AQIQAH DI KAJANG, 6 OKTOBER 2013
Majlis aqiqah buat puteri pertama Encik Izzudin dan Puan Raja Farah Amina, Sumayyah. Sajian kambing golek dihidanglan bersama mashed potato, coleslaw dan garden salad. Krew Kambing BMX telah memberikan khidmat yang terbaik bagi memeriahkan majlis tersebut yang berlangsung di Kajang. Rata-rata tetamu yang hadir memberikan respon positif kerana keunikan yang disediakan oleh pihak kami. TERIMA KASIH Encik Raja Abdul Rahman sekeluarga kerana telah memberi kepercayaan kepada kami! Krew kami mendoakan semoga puteri mereka menjadi insan yang solehah kelak, insyaallah.
Thursday, 10 October 2013
MAJLIS AQIQAH DI SUBANG JAYA, 5 OKTOBER 2013
Kali ini, krew Kambing BMX telah menuju ke Subang Jaya untuk memenuhi permintaan pelanggan kami bagi majlis aqiqah buat bayi perempuan mereka. Semoga anak mereka menjadi insan yang solehah kelak, insyaallah.
Friday, 4 October 2013
AQIQAH DALAM ISLAM
Berikut merupakan video pendek tentang hukum melakukan ibadah aqiqah dalam Islam:
Hukum aqiqah dalam Islam
Aqiqah dari segi bahasa ialah "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir". Aqiqah juga diertikan sebagai "memotong" (yakni rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya), rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong.
Aqiqah dari segi istilah pula bermaksud "haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan, sembelihan itu dinamakan aqiqah kerana haiwan itu disembelih pada hari mencukur rambut bayi tersebut".
Aqiqah dalam pengertian syara' pula ialah "penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama kepada anak tersebut". Dalam pengertian lain, aqiqah juga merupakan penyembelihan haiwan ternakan berkaki empat yang dilakukan pada hari mencukur rambut kepala si bayi yang baru dilahirkan, sama ada pada hari ketujuh atau selepasnya.
Pada kali ini, krew Kambing BMX telah melawat ke kandang kambing untuk merialisasikan permintaan Encik Mohd Izzuddin sekeluarga bagi melakukan ibadah aqiqah buat puteri sulungnya yang bernama Sumayyah Binti Mohd Izzuddin.
Friday, 27 September 2013
MENAIK TARAF KEDAI
Perhatian! Dimaklumkan bahawa kerja menaik taraf kedai kami di Bandar Tun Razak sedang giat dijalankan. Dukacita daripada pihak kami menyatakan bahawa kedai kami tidak akan beroperasi pada hujung minggu ini (28 & 29 September 2013). Segala kesulitan amat dikesali. Sekian.
Thursday, 26 September 2013
Wednesday, 25 September 2013
OCS KUALA KUBU BHARU, 7 SEPTEMBER 2013
Krew Kambing BMX telah merantau hingga ke Kuala Kubu Bharu bagi memenuhi permintaan daripada tuan rumah, Encik Ahmad Hafiz untuk menghidangkan kambing golek kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan abangnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




































